Gambaran SKPS dari arah Padang

Gambaran Prasekolah dan Makmal Komputer

Dataran Kejat

Wednesday 15 May 2013

SAMBUTAN HARI GURU 2013

SAMBUTAN HARI GURU 2013 





Pelajar-pelajar bersalaman dan memberi hadiah kepada guru-guru mereka.









Guru Ibarat seperti sebatang lilin; Menghabiskan masa & tenaga untuk memberi ilmu kepada orang lain...








“Bukan umatku sesiapa yang tidak memuliakan orang yang lebih tua, tidak kasihan kepada orang yang lebih muda dan tidak menunaikan hak guru-guru.” – Riwayat Ahmad, At-Thabrani dan Al-Hakim.






Segala bakti yang engkau curahkan
mengajar mendidik anak bangsa
segala jasa yang engkau taburkan
menjadi kenangan tak akan kami lupakan.

Engkau laksana pelita di malam gelita
memancarkan sinar sepenuh rela
jiwamu tabah hatimu cekal
kasihmu sud semangatmu berkobar
yang tak pernah mengenal erti putus asa
yang tak pernah meminta puji dan puja.

Jasamu tak akan luput dalam ingatan kami
sepanjang hayat mekar di sudut had
tiap sepatah katamu mengisi erti
tiap madahmu mengandungi hikmat
pembentuk peribadi penegak kebenaran
pengatur hidup petunjuk kebahagiaan.

Hanya kata-kata ini yang dapat kami lafazkan
terkumpul dari seribu hati menjadi satu
menadah tangan dengan doa restu
kepada Tuhan yang menjanjikan pembalasan
kepadamu guru-guru yang berjiwa mulia
pembimbing petunjuk ke arah maju jaya.

Jujur dan ikhlas engkau berbakti
di kota dan desa atau di huj'ung negeri
cekal dan tabah menempuh dugaan
hidupmu bagalkan pelita di tengah malam
membakar diri menerangi yang kelam
jasamu akan karra kenang sepanjang zaman.

Ahmad Sarju
Klang
1988




Tuesday 5 February 2013

Pemasangan 4G Zoom SK Pt Sapran







06/02/2013  Pemasangan CPE Zoom (4G Router) di SK Parit Sapran,

Sebanyak 3 CPE Zoom dipasang masing-masing di Makmal Komputer, Pejabat dan bilik Guru, manakala 1 unit CPE Zoom dijadikan backup (simpanan jika berlaku kerosakan).

Internet Menggunakan Talian 4G yang boleh diakses melalui mana-mana peranti yang mempunyai fungsi tanpa wayar (wireless, Wifi).







Nama Network : YES4MOE-A  atau  YES4MOE-B  atau  YES4MOE-C
Password Wifi: Rujuk di Papan Putih Bilik guru







Sambungan internet ini tidak memerlukan kepada IP Address tertentu, hanya guna auto IP




Speedtest yang telah dilakukan ketika waktu sesak.




Sunday 3 February 2013

Sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat Sekolah

Sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat Sekolah Kebangsaan Pt Sapran



Maksud Quran/Hadith


“Sungguh telah ada bagi kalian pada diri Rasulullah suri teladan yang baik bagi orang yang berharap kepada Allah, hari akhir dan bagi orang yang banyak mengingat Allah.” (Al-Ahzab: 21)


Diriwayatkan daripada Anas bin Malik, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: ((Tidak beriman dikalangan kamu sehinggalah aku lebih dicintainya melebihi ayahnya, anaknya dan manusia sekeliannya)). (Riwayat al-Bukhari, Kitab al-Iman, Bab: Hub al-Rasul min al-Iman & Muslim, Kitab al-Iman, Bab: Wujub Mahabat al-Rasul)




Sekolah Kebangsaan Pt Sapran telah mengadakan sambutan "Maulidur Rasul"  pada 02/02/2012 di Masjid Kampung Parit Sapran. Sambutan Berjalan dengan lancar, turut diadakan Ceramah agama, pertandingan2 dan lain-lain lagi, 






Perarakan oleh Pelajar SK Pt Sapran dan Penduduk Kampung








Pelajar SK Parit Sapran




Pasukan Kompang Kampung Pt Sapran




Jamuan makanan turut disediakan.





Wednesday 23 January 2013

Majlis Pengagihan Bantuan Awal Persekolahan RM100 Bagi Sesi 2013


23 Januari 2013, berlangsungnya satu majlis Pengagihan Bantuan Awal Persekolahan berjumlah RM100 kepada setiap murid. Seramai kurang lebih 140 orang Pelajar menerima Bantuan tersebut.

Bantuan disampaikan oleh wakil Yang Berhormat daerah Pontian Johor. Penyampaian kepada pelajar Tahun 6 dilakukan di dalam dewan Sekolah Kebangsaan Parit Sapran, manakala lain2 di dalam kelas masing-masing.

Majlis dimulai dengan nyanyian lagu "Negaraku" sejurus itu ucapan ringkas oleh Guru Besar SK Pt Sapran, kemudian ucapan dari wakil YB.

Syukur kepada Allah kerana majlis berjalan denga lancar sekali, Terima kasih kepada yg terlibat di dalam menjayakan majlis ini, tidak dilupakan juga kepada ibu-bapa pelajar.

dikongsikan sedikit foto yang sempat di ambil semasa majlis sedang berlansung.





Ucapan oleh Wakil YB







Guru Besar SKPS bersama ketua UMNO





Turut hadir ialah Polis kawasan Kayu Ara Pasong






Pelajar ditemani Ibu mengambil Bantuan







Pelajar ditemani Ibu mengambil Bantuan





Pelajar tahun 1-5







Pelajar tahun 1-5





Pn Asmah sebagai Pengerusi Majlis



Pelajar bergambar setelah majlis selesai.





Friday 11 January 2013

Adik-Adik Prasekolah 2013



Adik-Adik Prasekolah 2013 ^__^

Thursday 3 January 2013

Medan Hadapan SK Parit Sapran


Wednesday 2 January 2013

Gambar 03/01/2013






Gambar diambil di Pejabat SK Parit Sapran, Kakitangan Pejabat nampaknya kusyuk menjalankan tugas masing-masing :)




Kembali Ke Sekolah






Diucapkan Selamat Kembali ke Sekolah kepada Semua Pelajar SK Parit Sapran dan Selamat Datang kepada Pelajar Tahun 1 dan Prasekolah   ^__^